Tuesday 8 November 2016

CIRI-CIRI USAHAWAN BERJAYA



PENGENALAN
  
   Usahawan  adalah mereka yang berinovasi, sanggup mengambil risiko dan menghasilkan idea idea baru untuk mencipta penyelesaian  masalah masa hadapan. Mereka juga mampu membantu organisasi yang telah matang dan menubuhkan pertubuhan-pertubuhan baru  dalam mengambil peluang yang ada. Bentuk keusahawanan yang paling jelas adalah dengan memulakan perniagaan baru atau jugak dirujuk sebagai “startup company”.Kebelakangan ini, keusahawanan telah diperluaskan untuk meliputi aspek sosial dan politik dalam bentuk keusahawan iaitu keusahawanan sosial.
   Apabila keusahawanan bercakap mengenai aktiviti di dalam sesebuah organisasi besar, ia merujuk kepada intrapreneurship dan melibatkan “corporate venturing” iaitu  entiti perniagaan yang besar menubuhkan “spin-off  organizations”. Syarikat telah menyedari kelebihan potensi aktiviti keusahawanan dalaman dan sering mempunyai pakar inovasi dalam organisasi mereka untuk membangunkan penyelesaian kreatif untuk masalah yang kompleks. Google telah menjadi terkenal kerana membenarkan semua pekerja untuk berbakti 20 peratus daripada masa mereka kepada mana-mana projek baru yang mereka pilih. Usahawan telah menjadi bahagian penting dalam perniagaan.
   Pelbagai jenis organisasi kini wujud untuk menyokong bakal usahawan, termasuk agensi-agensi khusus kerajaan, inkubator perniagaan, taman sains, dan beberapa organisasi bukan kerajaan. Konsep keusahawanan sebagai pemikiran tertentu telah muncul, menciptakan keusahawanan sosial, keusahawanan politik, dan keusahawanan pengetahuan.
   Joseph Schumpeter menggambarkan seorang usahawan sebagai "seorang yang sanggup dan mampu untuk menukar idea baru atau ciptaan ke dalam inovasi yang berjaya." Keusahawanan menggunakan apa Schumpeter dikenali sebagai taufan kemusnahan kreatif. Idea Schumpeter merangkumi lebih daripada inovasi tunggal, kerana beliau seterusnya menjelaskan bagaimana pemikiran inovatif membolehkan untuk pertumbuhan yang mampan dan jangka panjang ekonomi bagi masyarakat yang membolehkannya. Mewujudkan barang-barang baru dan cara-cara baru untuk melakukan sesuatu membolehkan pertumbuhan yang konsisten pekerjaan, penggunaan lebih, dan dinamisme ekonomi lagi. Pemikiran inovatif membolehkan apa yang dikenali sebagai gangguan inovasi-inovasi yang membuat pesat ke atas produk yang sedia ada. Satu contoh klasik ialah iPhone.


1)      JARINGAN
Usaha mengurus dan mengembang operasi perniagaan perlukan jaringan keusahawanan yang efektif. Jaringan yang luas bolehkan usahawan saling kenal-mengenal individu-individu penting atau organisasi-organisasi tertentu yang berguna kepada perniagaannya. Jaringan juga memudah operasi perniagaan dan beri kelebihan bersaing kepada usahawan. (Ong Chai Lin, 2010)

CONTOH USAHAWAN

Ø  Dr. Noor Irfan Khairi Bin Noor Azmi

Dr. Noor Irfan mempunyai minat yang mendalam dalam bidang Internet dan perniagaan, Disebabkan oleh minatnya yang mendalam dalam bidang internet, maka bermulalah perniagaannya sendiri melalui Internet secara sambilan pada tahun 1999. Selepas mendapati pendapatan dari perniagaan Internetnya adalah berlipat kali ganda pendapatan bekerja, beliau mengambil keputusan untuk menumpukan perhatian kepada perniagaan Internet miliknya selepas 1 tahun beroperasi. Semenjak itu, Irfan Khairi hanya bekerja sepenuh masa dari rumah dengan hanya menggunakan laptop dan Internet. Dalam masa 3 tahun beroperasi, salah satu perniagaannya memperolehi untung bersih sebanyak RM1,000,000 - tanpa pekerja dan peralatan komputer canggih. Modal permulaannya hanya RM500. Ketika itu beliau berumur 25 tahun. (Berita Harian)

2)    KREATIF DAN INOVATIF

Usahawan haruslah mempunyai ciri-ciri kreativiti dan inovasi. Usahawan yang kreatif dan inovatif ialah seseorang yang dapat menghasilkan idea dan konsep bahau dan dapat menterjemahkannya kepada produk yang dapat dikomersialkan. Usahawan yang kreatif merupakan usahawan yang banyak idea , panjang akal dan berupaya menghasilkan produk baru dan canggih serta unik. Manakala usahawan yang mempunyai ciri inovatif ialah usahawan yang sentiasa ingin memperkembang daan membuat pembaharuan dalam kerjayanya. (Ong Chai Lin, 2010)

CONTOH USAHAWAN

Ø  Datuk Dr. Seri Hajjah Hasmizah Othman

Datuk Dr. Seri Hajjah Hasmizah Othman atau lebih dikenali dengan Datuk Vida merupakan seorang usahawan yang amat kreatif dari segi pemasaran. Radio menjadi medium pengiklanan terawal dicuba beliau dan percubaan tersebut membuahkan hasil positif. Ekoran keberkesanan iklan radio, secara tidak langsung usahawan kosmetik lain menurut jejak langkahnya sehinggakan ruang untuknya menjaja produk menerusi medium tersebut tidak lagi dirasakan relevan. Maka Datuk Vida beralih pula ke pengiklanan TV. Slogan “Qu Puteh Qu Puteh Barulah Putih”,  tersebut dilihat memberi impak besar kepada perniagaannya dan menjadi sebutan ramai tidak kira daripada anak kecil hinggalah dewasa. Malah pelaburan besar yang dibuat sebagai penaja ternyata memberikan pulangan memberangsangkan terhadap jualan dan penjenamaan produk-produk di bawah syarikatnya.(Aliff Abu Bakar, 2016)

3)    BERORIENTASIKAN PELUANG

Berorientasikan peluang ialah usahawan berfokus dan bermula dengan peluang, bukannya sumber, struktur ataupun strategi. Mereka bermula dengan peluang dan menggunakan kefahaman mereka mengenai peluang tersebut untuk membimbing mereka dalam isu-isu penting. Mereka mempunyai kebijaksanaan mencari peluang. Mereka memerhatikan peristiwa yang sama seperti orang lain tetapi melihat benda yang berbeza dalam mencari peluang. Mereka bukan sahaja berkebolehan mencari peluang yang ada tetapi mempunyai kebolehan mendapat peluang yang lain dari yang lain. Individu yang bijak mengenal pasti peluang yang ada di persekitarannya mampu menjadikan diri mereka sebagai usahawan yang berjaya.(UK News, 2010)

CONTOH USAHAWAN

Ø  Howard Schultz

Howard Schultz seorang usahawan yang berjaya di Amerika Syarikat dan bijak membuat pemerhatian berorientasikan peluang. Beliau ialah pemilik rangkaian kafe minuman kopi yang terkemuka di dunia iaitu Starbucks. Beliau melihat masyarakat sekarang gemar melayari internet. Beliau berpendapat peluang yang ada mampu dimanfaatnya jika tempat perniagaannya membolehkan pengunjung melayari internet. Beliau mendapati bahawa perkhidmatan Wifi dan suasana persekitaran merupakan suatu perkara yang penting bagi generasi sekarang. Oleh itu, beliau mengambil peluang dengan menawarkan perkhidmatan WiFi bagi menarik para pengunjung duduk lebih lama di cawangan Starbuck dan secara tidak langsung meningkatkan keuntungan perniagaannya. Beliau juga melihat pelanggan sekarang menyukai sesuatu yang memberikan kemudahkan dan faedah kepada mereka. Oleh itu, berpandukan peluang yang ada, Howard Schultz mengeluarkan Kad Starbuck untuk menyenangkan pelanggan bagi meningkatkan bilangan kesetiaan pelanggan.(UK News, 2010)


 4) KOMITMEN YANG TINGGI
Komitmen tinggi adalah sikap yang sentiasa tertumpu kepada kegiatan perniagaan yang dijalankan dan pemikirannya setiap saat  tidak akan pernah terlepas dari syarikat. Mereka selau mengunakan sumber-sumber yang ada dengan secekap yang mungkin dan sentiasa berusaha untuk memperoleh hasil yang terbaik mungkin dengan sumber daya seminimal mungkin.Untuk dapat mempunyai komitmen tinggi terhadap perniagaan yang dijalankan bukanlah merupakan sesuatu yang mudah dan datang begitu saja dengan tiba-tiba, akan tetepi perlu dibina, dibangunkan dan diusahakan untuk mencapai kemajuan.(Ho Wah Foon, 2016)

CONTOH USAHAWAN
Ø  Tan Sri Datuk Loh Boon Siew

Tan Sri juga dilihat sebagai seorang yang mempunyai tahap komitment yang tinggi di dalam bidang permotoran. Daripada seorang pelatih mekanik pada awal ketibaan beliau di Malaysia sehinggalah beliau berjaya menjadi pengedar tunggal yang sah bagi mengedar dan menjual motorsikal Honda. Komitmen beliau bukan sahaja tertumpu kepada penjualan motorsikal Honda semata-mata tetapi atas dasar minat dan komitmen yang tinggi beliau mendirikan kilang motorsikal yang pertama di Malaysia yang terletak di Mak Mandin pada tahun 1969.
 Untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya seperti Tan Sri Loh Boon Siew, seseorang itu hendaklah mempunyai tahap komitment dan minat yang sangat tinggi terhadap bidang yang diceburi. Dengan komitmen yang tinggi ini, ia dapat membantu individu terbabit untuk menjadi seseorang yang yang berjaya dalam bidang yang diceburi.(Ho Wah Foon, 2016)

   5) PROAKTIF


Salah  satu  ciri  yang  patut  ada  dalam  diri  usahawan  ialah  bersifat  proaktif. Pengertian atau definisi proaktif  ialah  orang  yang  relatif  tidak  terpengaruh oleh  kekuatan situasi di sekitarnya, bahkan orang  tersebut  mampu  mempengaruhi tentang berlakunya  perubahan dalam  lingkungannya. Orang yang mempunyai  sikap  proaktif   tinggi juga pandai menganalisis, merumus dan mengambil tindakan terhadap peluang yang ada. Usahawan yang mempunyai ciri ini dikatakan seorang yang unik kerana mampu melihat masa depan yang lebih jauh daripada orang ramai terhadap peluang yang bakal diambilnya.(Ong Chai Lin, 2010)


Ciri-ciri  Peribadi  Yang  Bersifat  Proaktif
  1. Inisiatif
Inisiatif  ialah  ciri-ciri  peribadi  yang  proaktif  di  mana  ia  tidak  menghendaki  respon  yang  negatif  untuk  masa  hadapan  dan  berusaha  untuk  “memberi  sebelum  diminta”. Inisiatif  ialah  seseorang  individu  yang  mempunyai  sikap  kesedaran  yang  tinggi  terhadap  apa  yang  akan  berlaku  di  kemudian  hari.

  1. Positif
Bermaksud selalu  memandang  dengan  cara  positif. Sikap  proaktif  tidak  memandang  kesusahan  dalam  permasalahan,  namun  akan  mencari  cara  penyelesaiannya. Orang  proaktif  tidak  akan  berundur  sekiranya  menghadap9 masalah  malah  akan   mencari  jalan  keluar  untuk  menyelesaikan  masalah  yang  dihadapi. Bagi seseorang yang berfikiran positif dan mengetahui bahawa dirinya sudah berfikiran buruk(negetif), maka dia mestilah memulihkan dirinya dengan segera.Iaitu apabila dia sudah tersasar ke arah negatif dan segera kembalikan fikirannya ke arah positif. Ramai orang terutama para motivator yang membuat pengertian tentang sikap positif.

CONTOH USAHAWAN
  • Tan Sri Anthony Francis Fernandes


Contoh usahawan yang mempunyai daya pemikiran proaktif adalah Tan Sri Anthony Francis Fernandes juga dikenali sebagai Tony Fernandes. Beliau merupakan pengasas “ Tune Air Sdn Bhd” yang memperkenalkan penerbangan tambang murah kepada penduduk Malaysia dengan slogannya “ semua mampu naik kapal terbang ”. Sikap beliau yang berpandangan jauh dan mampu berfikir dengan bijak untuk menjalankan sesuatu perniagaan di mana perniagaan yang ingin diusahakannya mestilah mencapai keuntungan kepada beliau. Hal ini demikan kerana beliau terfikir tentang perniagaan yang diusahakan kini melalui pesekitaran yang dilalui disekellingnya. Semasa beliau bersekolah di England, ibunya menyuruh beliau tidak pulang semasa cuti penggal disebabkan tiket penerbangan terlalu mahal yang membuatkan beliau terfikir untuk membuat penerbangan murah. Oleh sebab itu, beliau berhenti dari bidang rakaman muzik kerana merasakan bidang keusahawanan akan lebih memberi makna dan keuntungan kepadanya.(BERNAMA, 2016)

  • Tan Sri Dato’ Azman Hasyim

Tan Sri merupakan seorang yang sentiasa mempunyai visi untuk merancang masa depan organisasinya. Tidak kira apapun pekerjaannya beliau tetap akan sentiasa berpandangan kehadapan dengan mematuhi langkah – langkah yang telah ditetapkan bagi mencapai matlamat yang ingin dicapai dengan sebaik yang mungkin. Hasilnya kini, beliau berjaya di persada dunia ( Arkib Negara Malaysia, 2015 ).




 6)  MENGIRA RISIKO YANG DIAMBIL

Risiko merupakan elemen utama di dalam proses keusahawanan.Namun begitu,kebanyakan usahawan adalah merupakan pengira risiko daripada pengambil risiko.Usahawan selalunya mencari informasi & membuat perancangan sebelum melakukan sesuatu aktiviti dan selalu melakukan kerja secara teratur dan mengira risiko yang akan berlaku,Seterusnya, ia merupakan satu peluang pendedahan kepada kerugian atau kecederaan yang mungkin akan dijalankan selepas kelebihan dan kekurangan telah diteliti dan dipertimbangkan. Ramai pengusaha perniagaan perlu mengambil risiko mengira untuk mengembangkan aktiviti perniagaan mereka ke peringkat yang lebih baik.(Yussuf Saufey, 2015)

CONTOH USAHAWAN

Ø  Tan Sri Mokhzani Mahathir

Beliau merupakan usahawan yang amat peka dalam pengiraan risiko,ini kerana ia memang antara sifat yang ada pada diri beliau. Sebagai tokoh usahawan yang berjaya,Tan Sri Mokhzani tidak dapat lari daripada berdepan dengan sesuatu risiko. Bagi beliau keadaan risiko yang semakin tinggi terus mendorong beliau untuk tidak berputus asa dan menganggap bahawa risiko sebagai satu cabaran untuk terus berjaya dan maju dalam bidang yang diceburi. Oleh kerana kebijaksanaan beliau dalam bidang perniagaan gas dan minyak ini akan menyebabkan beliau amat peka tentang kejatuhan dan kenaikan harga minyak dari masa ke semasa yang mendorong kepada pengiraan risiko. (Yussuf Saufey, 2015)


 7)  LOKUS KAWALAN DALAMAN


Lokus kawalan dalaman merupakan tahap kepercayaan seseorang individu terhadap kebolehan dirinya tanpa dipengaruhi faktor-faktor luaran. Begitu juga dengan usahawan, di mana seseorang usahawan itu perlu mempunyai lokus kawalan dalaman yang tinggi kerana ia memperlihatkan akan keyakinan usahawan terhadap kebolehannya sendiri. Mereka yakin komitmen yang diberikan terrhadap perniagaan yang dijalankan akan menentukan jumlah keuntungan yang akan diperoleh. Usahawan yang mempunyai lokus kawalan dalaman yang tinggi lebih bergantung kepada diri sendiri dan tidak mudah untuk dipengaruhi apabila membuat keputusan.Tahap lokus kawalan yang tinggi akan membuatkan seseorang usahawan itu berasa yakin akan keputusan yang dibuatnya dan merasakan bahawa keputusan tersebut merupakan keputusan yang terbaik dan dapat memberi kebaikan kepada semua pihak.(Ong Chai Lin, 2010)

CONTOH USAHAWAN
  •  Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman.


Beliau merupakan pengasas produk kecantikan yang terkenal di Malaysia iaitu D’Herbs. Bermula dengan hanya 4 produk, kini D’Herbs sudah mempunyai lebih daripada 90 rangkaian produk kecantikan dan beroperasi di sebuah bangunan 4 tingkat. Seperti usahawan yang lain, Dato’ Aliff Syukri juga mempunyai masalah untuk mendapatkan modal. Permohonannya untuk mendapatkan pinjaman bank telah ditolak. Namun semangatnya tidak pernah padam. Setelah berfikir, akhirnya beliau cuba mendapatkan pinjaman dari rakan-rakan terdekat dan para peserta yang pernah mengikuti bengkel kecantikan beliau. Akhirnya, beliau mendapat modal yang mencukupi dan hal ini manjadi titik permulaan bagi perniagaannya naik ke satu tahap yang lebih tinggi. Dengan bermodalkan RM100,000 yang dikumpul dari pinjaman awal dan duit terkumpul hasil perniagaan di pasar tani selama 2 tahun, sudah cukup membantu Dato’ Aliff membina jenama sendiri.(My Metro)


KESIMPULAN


Usahawan adalah individu yang mempunyai ciri-ciri istimewa yang dapat membezakan mereka dengan individu lain. Individu atau masyarakat yang ingin mengecapi kejayaan seperti usahawan perlulah mendalami dan mempunyai ciri-ciri usahawan seperti yang telah dibincangkan. Terdapat mitos yang yang sering diperkatakan terhadap usahawan, namun dengan ilmu pengetahuan yang mantap, masyarakat mula sedar akan kepentingan usahawan dalam membangunkan ekonomi negara. Setiap individu berpeluang untuk mengecapi kejayaan sebagai seorang usahawan kerana ciri-ciri keusahawanan yang ada pada kebanyakan usahawan bukanlah dilahirkan secara semulajadi tetapi adalah disebabkan faktor-faktor seperti mempunyai daya inisiatif dan kejayaan yang tinggi, lokus kawalan dalaman yang tinggi serta berkeyakinan terhadap kebolehan dirilah yang menjadikan mereka begitu perkasa di persada dunia.


DATO’ ALIFF SYUKRI BIN KAMARZAMAN






    Untuk tugasan kedua, kami memilih Dato’ Aliff Syukri bin Kamarzaman untuk dijadikan sebagai usahawan yang boleh dicontohi dalam bidang perniagaan ini. Dato’ Aliff Syukri  merupakan anak ketiga daripada lapan adik beradik kepada pengasas Sendayu Tinggi. Beliau telah dilahirkan pada 3 April 1987 di Felda Kechau, Kuala Lipis Pahang dan dibesarkan oleh neneknya di Sabak Bernam Selangor.
     Beliau telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sungai Besar Selangor dan melanjutkan pengajian di Sekolah Menengah Telok Gadung, Klang. Selepas itu,  beliau telah belajar di Sekolah Pondok Pasir Tumbuh Kelantan. Setelah tamat pengajian di Sekolah Pondok, beliau menyambung pengajian di Sekolah Integrasi As Syakirin, Shah Alam sehingga tingkatan 5. Seterusnya, melanjutkan pengajian di Taylor College. Hasil perkahwinan beliau bersama Datin Nur Shahida Mohd Rashid, mereka telah dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, 5 tahun , Qadejah Eh Zahra, 3 tahun dan Ibraheem Adham, 8 bulan.
     Dato’ Aliff juga mempunyai hobi nya yang tersendiri iaitu menghias dan memasak. Beliau juga meminati warna emas sekali gus telah menghias rumahnya dengan menggunakan rona warna tersebut. Berbalik kepada bidang perniagaan beliau, D’Herbs telah membuka sebuah kilang yang dinamakan Aliff Herbs Manufacturing Sdn.Bhd di mana kilang ini telah di khususkan untuk pengilangan produk kesihatan dan kecantikan. D’Herbs juga telah mengeluarkan pelbagai produk.
    Dalam tugasan yang telah diberikan, kami telah memilih ciri yang dapat di gambarkan dalam perjalanan hidup dan perkembangan perniagaan beliau seperti:


    i.        LOKUS KAWALAN DALAMAN

    Semasa menerajui tampuk kepimpinan dalam perniagaan kosmetik, Dato’ Aliff Syukri tidak lari daripada tanggungjawab yang seringkali dikaitkan dengan sifat kepimpinan iaitu membuat keputusan. Seseorang usahawan perlu yakin dan bijak membuat keputusan tanpa dipengaruhi pihak lain bagi memastikan masalah yang timbul dapat diselesaikan. Dato’Aliff Syukri menonjolkan ciri tersebut apabila beliau membuat keputusan ingin bernaung di bawah Label Syarikat Sendirian Berhad pada tahun 2012.
   Beliau telah mengembangkan perniagaannya dengan berpindah ke bangunan 4 tingkat milik syarikat yang lebih strategik dan selesa .Dengan perpindahan ini, syarikat mampu menyakinkan semua stokis dan pengedar untuk menjual dan memasarkan produk D’ herbs dengan lebih meluas dan berkembang maju. Dato’ Aliff Syukri juga telah membuka beberapa anak syarikat iaitu Megah Perawan Sdn.Bhd yang menghasilkan dan menjual produk kosmetik dan sedikit kelainan konsep di mana Megah Perawan Sdn.Bhd hanya berurusan dengan seorang stokis tunggal yang dilantik dan akan bertanggungjawab memasarkan produk Megah Perawan Sdn.Bhd di seluruh Malaysia dan setakat ini permintaan produk ini amat mendapat sambutan daripada pengguna-pengguna di seluruh Malaysia.
    D’Herbs juga telah membuka sebuah syarikat yang dinamakan Aliff Herbs Manufacturing Sdn.Bhd di mana syarikat ini khusus untuk pengilangan produk kesihatan dan kecantikan seterusnya membuka ruang kepada syarikat-syarikat lain yang berminat untuk menghasilkan produk di bawah syarikat ini.
   Orang Melayu mungkin terkenal sebagai orang yang pemalu, tidak yakin dengan kebolehan diri, senang dipengaruhi  tetapi lain pula ceritanya dengan Dato’ Aliff Syukri. Dato’ Aliff Syukri merupakan seorang yang amat yakin dan tidak malu untuk menjual produknya sendiri. Kata beliau. “nak berniaga, kita tak boleh malu”. Walaupun gaya bercakap beliau seperti banyak mulut dan becok seperti wanita, namun beliau tidak pernah merasa malu mempromosi produk kecantikan yang dijualnya.(My Metro)


 ii.        PROAKTIF

   Seorang pemimpin mestilah memiliki wawasan yang jauh kehadapan melihat apa yang tak dapat dilihat orang lain dan menjangka apa yang tidak dapat dijangka kepada orang lain.
Begitu juga terjadi kepada Dato Aliff Syukri,dimana dia mempunyai wawasan tersendiri di mana misi utama D’Herbs adalah untuk menjadi sebuah syarikat single level yang mengeluarkan produk kecantikan dan kesihatan dngan konsep terbuka yang lebih mudah dan ringkas sekaligus mempunyai sistem yang terbaik dari segi pengurusan, keberkesanan, kualiti serta harga yang berpatutan yang mampu dimiliki oleh semua golongan sekaligus dapat menjana pendapatan serta keuntungan bagi kedua-dua pihak iaitu pengeluar dan peniaga.
Bapa kepada tiga orang cahaya mata ini juga mempunyai misi yang jelas dalam hidupnya iaitu untuk menjadikan empayar kosmetik Avon sebagai tanda aras, beliau berharap dapat mengembangkan jenama D’Herbs sebagai satu jenama global.(Aliff Abu Bakar, 2016)


   iii.        KREATIF DAN INOVATIF

   Dato’ Aliff Syukri merupakan usahawan yang mempunyai pemikiran yang kreatif dan inovatif. Antara langkah yang digunakan adalah menggunakan tagline ‘Terlajak Laris’ sebagai salah satu strategi pemasaran, beliau memang boleh dianggap benar-benar berjaya. Tagline yang mudah dan ringkas itu seakan-akan menjadi satu fenomena yang kini meniti di bibir segenap lapisan masyarakat tanpa mengira peringkat usia.
   Jika bukan iklan di kaca televisyen, wajah Dato’ Aliff Syukri sering terpampang sebagai pelakon utama dengan aksi, mimik muka dan suara melucukan, sudah pasti produk D’Herbs tidak berada seperti mana tahap sekarang. ‘Kerja gila’ yang dilakukan pengasas D’Herbs, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman ini sememangnya berhasil apabila teknik menonjolkan diri sendiri dalam setiap iklan sebagai salah satu teknik pemasaran paling berkesan sememangnya terbukti berjaya dan meninggalkan kesan di hati penonton. Malah tidak salah jika dikatakan idea yang ditonjolkan mula menjadi ikutan pengasas produk kecantikan lain.
Dato’ Aliff Syukri juga memperkenalkan produk beliau dengan menggunakan selebriti terkenal seperti Bienda dan Watie Elite sebagai jurucakap produknya, hal ini demikian menjadikan produknya menjadi tarikan pelanggan bukan sahaja di Malaysia malah Singapura dan juga Brunei.(My Metro)


   iv.        KOMITMEN YANG TINGGI

Pada peringkat awal pengenalan jenama D’ Herbs ini, pelbagai kerja dilakukannya sendirian termasuk mengelilingi Malaysia untuk tujuan promosi. Pelbagai tugas dilakukannya serentak termasuk menjadi pemandu dan ejen pemasaran. Beliau juga menjual dan mempromosikan jenamanya di pasar malam kerana beliau percaya produknya adalah produk mampu milik segenap lapisan masyarakat. Syarikat yang ditubuhkan pada September 2010 ini pada mulanya hanya beroperasi di lot kedai di tingkat dua dengan hanya seorang pekerja sahaja. Namun kini, syarikat itu sudah berpindah ke bangunan empat tingkat dengan seramai 15 orang pekerja serta telah menghasilkan hampir 30 rangkaian produk baru. Malah, produk-produk beliau dihasilkan di kilangnya sendiri iaitu Aliff Herbs Manufacturing Sdn Bhd.(Sinar Harian)


    V.  JARINGAN

“Saya membelanjakan RM1.8 juta sebulan untuk kos pengiklanan sahaja. Misi saya adalah untuk membawa produk-produk D’Herbs setaraf dengan produk berkelas antarabangsa. Jika Indonesia ada Mustika Ratu, maka tidak mustahil untuk D’Herbs terus maju dan menjadi jenama kebanggaan negara,” hurai Aliff Syukri.
Beliau telah mengiklankan produk D'Herbs di majalah dan akhbar yang terlaris di Malaysia seperti Mingguan Wanita, Midi, Keluarga, Harmoni, Metro, di mana iklan produk D’Herbs telah disiarkan setiap minggu dan ianya memberi impak yang sangat besar kepada perniagaan beliau. Produk D’Herbs juga telah bersiaran di radio-radio Nasional dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Lebih membanggakan D'Herbs juga telah menaja program-program hebat seperti Akademi Fantasia dan Bintang Mencari Bintang yang disiarkan di Astro dan TV3.(Sinar Harian)


RUJUKAN

·         A .S., ANUA. (n.d.). D'Herbs sedia tawan pasaran Indonesia. SINAR HARIAN.
·         AirAsia's Tony wins EY Asean Entrepreneurial Excellence Award. (n.d.).NSTONLINE
·         Administrator, M. (2010). Howard Schultz on how he became coffee king.
·         Bakar, A. A. (2016, February 4). Megah Tiga Usahawan: Datuk Seri Vida, Datuk Aliff Syukri & Rita Datuk Sosilawati.
·         Foon, H. W. (n.d.). Boon Siew's legacy lives on.THE STAR ONLINE
·         Lin, O. C. (2010). PRINSIP-PRINSIP KEUSAHAWAN (2nd ed.). Paul Tan.
·         Sahib, S. Z. (n.d.). Iklan lakonan diingati ramai. MY METRO.
·         Saufey, Y. (2015). TOKOH-TOKOH USAHAWAN YANG BERJAYA DI MALAYSIA. 
·         Zainuddin, M. Z. (n.d.). KAFA 'setuju' dua syarat Dr Vida. BH ONLINE
·         Sembilan Melayu Terkaya di Malaysia. (n.d.). UTUSAN ONLINE.
·         Qu Puteh Cetus Fenomena. (n.d.). UTUSAN ONLINE
·         Irfan jadi jutawan muda berniaga guna Internet. (n.d.). BERITA HARIAN
·         Jadi Jutawan Sebelum Usia 30 Tahun Matlamat Irfan Khairi Tercapai. (n.d.). DEWAN EKONOMI